Tuesday, June 21, 2011

KETAGIHAN FACEBOOK MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK BAGI MUKA PADA BUKU



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Saudara dan saudari,

Gejala Laman Sosial Facebook adalah suatu fenomena baru yang melanda masyarakat pelajar di negara kita. Dimana tetap akan ada pro dan kontra terhadap kesan yang boleh didapati oleh para pelajar khususnya mereka yang sudah ketagih bermain FB. Sememangnya terdapat beberapa kesan negatif dikalangan pelajar akibat daripada ketagihan bermain FB, antaranya yang dapat penulis senaraikan di sini ialah:-

1.Ketagihan bermain FB menyebabkan pelajar tidak sedar diri sehinggakan sehari suntuk bermain FB atau menghabiskan begitu banyak masa di cyber.
2.Terdapat pelajar yang sanggup PONTENG SEKOLAH semata-mata kerana ketagih bermain FB.

3.Ada segelintir pelajar yang mendapatkan wang secara jalan salah bagi membiayai kos bermain FB di Cyber...seperti mencuri, memeras ugut dan sebagainya.

4. Para pelajar terdedah kepada pelbagai maklumat negatif berunsur lucah, perkauman melampau, politik sempit, hasutan-hasutan negatif dan sebagainya yang berleluasa di FB.

5. Ramai pelajar yang mendapat keputusan ujian dan peperiksaan yang menurun atau rendah akibat ketagihan bermain FB.

6.Terdapat juga para pelajar yang menyalahgunakan laman sosial FB..dengan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti Chatting cinta dan Lucah serta lain-lain lagi.

7. FB merupakan satu agen yang boleh merosakkan nilai-nilai baik yang dipegang oleh para pelajar...seperti suka menunjuk-nunjukkan kecantikan...(mendedahkan aurat) dan lain-lain lagi.

8.Perbelanjaan ke cyber untuk bermain FB...tentunya kan menambahkan kos ketas pelajar dan keluarga.

9.Ketagihan FB yang melampau juga menghakis sifat suka dan minat belajar.

10. Ketagihan FB menyebabkan para pelajar akan terdedah kepada paparan skrin monitor komputer terlalu lama dan hal ini mungkin boleh menjejaskan kesihatan mata dan tubuh badan mereka.

11. Bermain FB terlalu lama ditakuti boleh menjejaskan proses sosialisasi / pergaulan para pelajar kepada lebih suka menyendiri dan terlalu bersifat individualistik dan lain-lain kesan negaif yang tak sempat disenaraikan di sini.

Kesimpulannya walau pun mungkin ada kebaikan FB kepada para pelajar namun ketagihan FB lebih banyak membawa kesan negatif daripada kesan positif.

.....PARA PELAJAR SEPATUTNYA MENGAWAL DIRI MEREKA AGAR TIDAK KETAGIH FB....SALAM..TQ

Thursday, June 9, 2011

PUNCA - PUNCA KECICIRAN PELAJAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SAUDARA DAN SAUDARI,

Walau pun peluang bersekolah di negara kita amat mudah malah ada peraturan yang membolehkan ibu bapa dihukum sekiranya tidak menghantar anak ke sekolah namun masalah keciciran masih terus berlaku.Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar tetapi juga di luar bandar.Jika kita lihat pada sistem persekolahan di negara kita, tiada sekatan kenaikan pelajar sehingglah ke Tingkatan Lima, pun begitu masih ada segelintir pelajar yang tidak dapat menghabiskan persekolahan sehingga ketahap tersebut.Pada pandangan peribadi penulis, antara sebab-sebab berlakunya gejala keciciran ini ialah:-

1) Masalah peribadi pelajar
Pelajar tidak minat atau bosan belajar dan bersekolah, mental pelajar tidak menganggap pelajaran itu penting, pelajar malas dan putus asa hendak ke sekolah dan sebagainya.

2)Masalah keluarga pelajar
Pelbagai permasalahan dalam keluarga pelajar seperti masalah kewangan, masalah penceraian, masalah penderaan,masalah kelemahan institusi kekeluragaan, ibu bapa tidak mengambil berat pembelajaran anak-anak dan lain-lain lagi.

3)Masalah Pengaruh Kawan
Pengaruh kawan ini meliputi pengaruh malas ke sekolah atau ponteng sekolah dan akhirnya tercicir kerana terjebak dengan pelbagai masalah seperti penagihan dadah, pergaulan bebas, mat rempit dan sebagainya.

4)Masalah Pengaruh Persekitaran
Budaya pengaruh masyarakat sekitar pelajar juga menggalakkan perkara ini terjadi seperti masyarakat membiarkan sahaja para pelajar yang ponteng sekolah sama ada lepak atau ke cyber,membenarkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif serta tiada budaya yang kuat dalam masyarakat secara lebih menyeluruh untuk membendung gejala ini.

5)Masalah Pengajaran Guru
Pengajaran guru yang tidak pelbagai tekniknya serta membosankan juga boleh menyumbang kepada kebosanan dan kemelasan pelajar ke sekolah.



6)Masalah Persekitaran Sekolah
Pelbagai masalah di sekolah juga boleh menyumbang kepada terjadinya masalah keciciran ini seperti masalah BULI, peranan kaunseling sekolah yang kurang berkesan, budaya persekitaran sekolah tak kondusif dan seumpamanya.



7)Masalah Pelajar Tiada Didikan Agama
Pelajar yang tiada cukup dididkan agama akan senang terpengaruh dengan pelbagai perkara yang boleh menjerumuskannya ke arah keciciran.

8)Kemajuan Ekonomi Negara
Kemajuan ekonomi negara telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan para pelajar tidak merasa terlalu bimbang dan gusar untuk tidak menamatkan persekolahan mereka kerana masih boleh mendapat kerja.

Apa pula pandangan anda?....salam....

KELEBIHAN - KELEBIHAN MEMILIKI SIJIL STPM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

SAUDARA DAN SAUDARI,

Selapas tamat persekolahan SPM kebanyakan pelajar tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Rendah. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh sentimen yang menganggap STPM itu terlalu susah atau memasuki Tingkatan Enam itu kurang glamor berbanding pengajian peringkat Sijil,Diploma atau Izajah di IPTA dan IPTS.

Kepada para pelajar yang telah menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam...anda sesungguhnya mempunyai beberapa kelebihan berikut:-

1) Kos / perbelanjaan murah berbanding pengajian setaraf di mana-mana institusi IPTS atau IPTA dan sebagainya..

2) Sekiranya anda lulus dengan cemerlang dan layak ke IPTA dan IPTS anda layak mengikuti kursus-kursus peringkat izajah.

3) Tempoh masa mendapatkan kelulusan Izajah adalah lebih cepat berbanding mereka yang mengikut kursus peringkat sijil, peringkat Pra Diploma dan peringkat diploma.

5) Sijil STPM ini di iktiraf bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara dan ini membolehkan kita menyambung pelajarn ke luar negara.

6) Sijil STPM ini boleh dipakai untuk memohon mana-mana peluang kerja yang berkaitan dan sesuai.

SELAMAT MAJU JAYA

MASALAH DISIPLIN DAN KAUNSELING




SEMUA GAMBAR ADALAH SEKADAR HIASAN SAHAJA TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

SAUDARA DAN SAUDARI,

Masalah disiplin dikalangan pelajar tidak pernah selasai malah semakin hari semakin pelbagai, rencam,kompleks dan membimbangkan. Selain daripada hukuman yang telah disenaraikan mengikut jenis dan tahap keberatan kesalahan pihak Kementerian Pelajaran malaysia sebenarnya menggunakan sepenuhnya institusi kaunseling di sekolah untuk menyedarkan dan memulihkan sahsiah,sikap,perangai,pemikiran dan budaya para pelajar yang bermasalah. Malah dalam banyak kes disiplin, proses kaunseling adalah merupakan suatu yang wajib dijalankan oleh pihak pentadbiran disiplin sekolah..

Pun demikian saya suka mengajak kita semua berfikir....adakah berkesan cara,sistem,dasar dan sebagainya dalam proses pemantapan disiplin yang diamalkan pada masa kini masih relevant atau signifikan berbanding dengan tahap kerosakan dan pengaruh yang melanda disiplin para pelajar kita?.Jika anda rasa ia masih relevant maka ...bagaimanakah kita dapat mengimplimentasikannya agar dapat meminimumkan kuantiti masalah disiplin?.Sebaliknya jika anda rasa perlu di buat suatu rombakan baru secara holistik dan menyeluruh terhadap dasar,proses,tatacara,sistem dan peranan kaunseling dalam membendung permasalahan disiplin dikalangan pelajar...

Akhir kata pada hemat saya...peranan kaunseling yang begitu besar dalam mengendalikan permasalahan displin pelajar harus dikaji semula keberkesannya...? KERANA SESUAI DENGAN PERUBAHAN PEMIKIRAN DAN BUDAYA MASYARAKAT KHUSUSNYA DALAM MENDEPANI PENGARUH BUDAYA NEGATIF YANG BEGITU KETARA DIKALANGAN PELAJAR SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT...
...SALAM...